Banyak nasihat-nasihat agama Islam buat penganutnya diingatkan dalam Kitab yang sangat bermanfaat iaitu an-Nasaih ad-Diniyah wal Wasaya al-Imaniyah karangan Syeikhul Islam Alhabib Abdullah bin Alawi al-Haddad. Daripada nasihat yang banyak itu, Nasihat tentang ketaqwaan antara yang paling ditekan oleh pengarang. Malah Taqwa disebut di awal perbahasan Kitab tersebut agar menjadi peringatan tentang betapa penting nilai Taqwa dalam diri mukmin.
Oleh itu, Saya sengaja mencari taqwa di dalam al-Quran (dengan bantuan Mu'jam kalimat al-Quran). Saya teruja betapa Al-Quran telah lama menceritakan Taqwa dalam pelbagai konsep. Malah setakat yang saya temui al-Quran menyebut Taqwa dengan pelbagai pecahan katanya dalam 182 tempat:-
ittaqau : 19 x
ittaqi : 3 x
atqa : 2 x
ittaquu : 69 x
ittaquun : 5 x
ittaquuh : 4 x
ittaqa : 7 x
ittaqaitunna : 1 x
ittaqiin : 1 x
tattaquun : 19 x
tattaquu : 11 x
yattaquun : 18 x
yattaqhi : 1 x
yattaquu : 1 x
yattaqi (tanpa mad) : 1 x
yattaqii (dengan mad) : 1 x
taqwahaa : 1 x
taqwahum : 1 x
taqwa : 15 x
tuqaah : 1 x
tuqaatih : 1 x
(maaf, Komputer tidak ada font Arabic)
Taqwa merupakan wasiat dan Nasihat Allah yang paling penting buat ummat terdahulu mahupun ummat terkemudian.Perkara tersebut jelas dengan firman Allah yang bererti;
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah mewasiatkan orang-orang yang didatangkan Kitab (seruan Agama) daripada kaum sebelum kamu dan ( Kami nasihatkan juga ) kamu semua agar Bertaqwa kepada Allah.." (An-Nisa' : 131 )
Taqwa ialah ibarat kepada "mengerjakan segala suruhan Allah beserta menjauhi segala Larangan Allah di samping Menegakkan syiar yang membesarkan Allah selain perasaan Gerun, Takut dan pengabdian semata-mata kepada Allah" (taarif yang dinyatakan oleh para Ulama')
Taqwa menjadi kunci kepada kemegahan Islam dalam diri dan masyarakat. Allah swt. menganjurkan manusia agar membawa ciri-ciri taqwa untuk mencapai Kasih sayang Allah dalam segala Aspek kehidupan. Oleh itu, kita dapat lihat al-Quran menceritakan erti Taqwa dalam beberapa konsep, di antaranya :
1) Seakan-akan dengan Taqwa itu Allah menghimpunkan segala kebaikan yang segera ataupun tertunda untuk hamba-hambanya yang beriman. Kemudian Allah swt menyuruh agar segera orang yang mengaku beriman mencari makna taqwa dalam diri mereka agar mereka beroleh segala kejayaan dan kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat. Sila rujuk surah Ali Imran : 102 - 105.
2) Dengan ketakwaan Allah menjamin kebersamaan-Nya yang bersifat kasih sayang dan melindungi orang yang bertaqwa. Sila rujuk surah al-Baqarah : 194.
3) Antara kemuliaan Taqwa, Allah bakal memberi ilmu ladunni. Surah Al-Baqarah 282.
4) Taqwa membantu orang yang beriman untuk membezakan yang hak dan batil selain menghapuskan serta mengkifarahkan dosa. Surah al-Anfaal : 29.
5) Taqwa menyelamatkan manusia dari azab Neraka. Surah Maryam : 72 dan Az-Zumar : 61.
6) Taqwa mengeluarkan manusia dari kesusahan, mendapat ganjaran besar serta dipermudahkan segala urusan. Rujuk surah at-Tholaq : 2-5.
7) Janji Syurga oleh Allah kepada orang yang bertqwa. surah Maryam : 63, ar-Ra'du :35, Qaaf : 31, al-Qalam :34, at-Thuur :17.
8) al-Karamah iaitu kemulian buat orang yang bertaqwa di dunia dan Akhirat. surah Alhujuraat :13.
Maka tidak hairanlah, Syeikh Rusydi al-Qalam (ulama Syria) berkhutbah lebih setahun dalam siri-siri khutbah jumaatnya di Masjid Abdullah bin Rowahah, Bab Musolla, Damascus, Syria hanya dengan tajuk Taqwa yang disebut di dalam al-Quran.
Oleh itu, marilah sama-sama kita koreksi diri apakah kita betul-betul memiliki ciri-ciri taqwa dan layakkah kita bergelar golongan Muttaquun (orang-orang yang bertaqwa).
papan Iklan : jika ada sebarang kesilapan tentang nombor atau rujukan sila maklumkan. Agak pening bila banyak bermain dengan nombor. Bimbang tersalah catit. Terimakasih .
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)